Puisi Sang Puteri: ya sayang, ini adalah pernyataan terbuka di hadapan semua pembacaku...

sumber gambar: pinterest

"Yang namanya Lelaki Melayu Sejati itu bukanlah seorang yang penakut apatah lagi pengecut..."


sayang...
aku selalu harapkan kau ada membaca ini...
biarpun kau pernah mengatakan kau tidak pedulikan ini,
dan aku selalu harapkan kau ada disini dan membaca...
biarpun aku terlalu ego untuk mengaku...

kini aku sedang sibuk,
terlalu banyak urusan aku perlu selesaikan...
tetapi hati ini, jiwa ini tidak pernah melupakanmu...
dan aku tidak menipu.
ianya benar.
setiap saat,setiap masa.
kau ada di dalam fikiranku.
kau pernah katakan kepadaku,
bahawa sekarang bukan masa untuk sesiapapun,
sampai masa untuk aku ceritakan kisah hatiku,
ketika itu aku kaku.
aku tidak tahu bagaimana mahu menjawab persoalan itu.
ketika itu aku tidak ada apa-apa.
bukanlah sesiapa.
malah aku berasa seperti manusia tiada guna sahaja.
bagaimana kita mahu bersama?
"i'm useless"

maka aku tekadkan untuk bina semula diri sendiri.
ia ambil masa bertahun-tahun.
bukan semudah itu jika kau mahu tahu.
aku berasa bermula semuanya dari kosong...
ia adalah satu perjuangan menentang keinginan diri,
menentang kemahuan diri sendiri.
setiap malam aku sakit mengenangkan diriku sendiri...
menyesali semuanya...
bukan mudah aku bangun dan cuba perbaiki semuanya...
aku telan semua kesakitan yang ada...
sehingga kesakitan itu terkeluar sebagai satu watak yang sangat periang,
sentiasa ketawa,
sentiasa penuh dengan senyuman dan ramah mesra dalam pergaulan...
ia sangat sakit, adakah kau mahu tahu?

aku berfikir jika aku menjadi 'seseorang' yang berguna di mata masyarakat,
ia adalah lebih molek dan lebih bermaruah.
terasa bernilai sedikit diriku dihadapan dirimu,
itulah yang aku fikirkan,
sehinggakan aku menyeksakan diri sendiri selama bertahun-tahun,
bekerja siang dan malam seperti sudah hilang akal waras,
sehinggakan adakala aku tidak mampu bangun kerana terlalu penat dan terlalu sakit,
haha.

dan sayang,
seharusnya kau lebih tahu tentang diriku...
kau telahpun tahu dari mana aku datang...
dan kemana aku akan kembali...
apakah tujuan aku lahir ke dunia ini...

maka aku selalu mengharapkan setelah aku berpenat lelah,
kita dapat bertemu.

paling kurang untuk aku memberitahu kepadamu dengan bangga,
"inilah orangnya yang awak pernah selamatkan dahulu...dan saya berpegang dengan janji saya untuk sentiasa menjaga diri dengan baik setelah pertemuan maya kita dahulu..."

dan kini,
segala urusanku berkaitan yang lain sudah hampir selesai...
jika diizinkan Tuhan.
tahun ini akan aku selesaikan urusan diri sendiri pula...

dan aku harap kau membaca semua ini,
dengan tenang,
aku ingin katakan,
aku sudah sedia untuk bertemu.
dan selesaikan segalanya tentang kita.

sama ada ya atau tidak,
tahun ini marilah kita berjumpa dan berbuat keputusan muktamad.
sudah sampai masanya kita bertindak seperti orang dewasa.
tidak bermain tarik tali,
dan fokus kepada isi hati.

ya sayang,
ini adalah pernyataan terbuka di hadapan semua pembacaku,
ketahuilah bahawa ini adalah jemputan ikhlas dariku.
bukan lagi main-main seperti selalu.

-annur-

sumber gambar:Dreamstime.com

"dan kau tahu siapa dirimu."



Puisi sang puteri: kalau saja...

Kalau saja aku boleh ke waktu dulu dan katakan "ya". Tetapi sayang,ia cuma satu kebodohan diriku yang masih lagi tidak mampu menerima kenyataan bahawa kau telahpun pergi membawa hati yang luka.

Yang sebenarnya,perasaan ingin kembali kemasa lepas adalah satu keegoan bahawa kononnya diriku akan perbaiki segalanya. Sedangkan sejujurnya diwaktu ini di dalam situasi sebegitu dengan pengalaman diri sebegitu,itu adalah tindakan yang terbaik mampu aku lakukan. Dan aku percaya tentang takdir ketentuan. Apabila ditakdirkan ia berlaku,pasti ada saja sebab memungkinkan ianya terjadi.

Kepercayaanmu tidak salah.
Kepercayaanku juga.

Yang salah adalah tanggapan kita bahawa dengan mempertahankan kepercayaan adalah lebih asli berbanding keinginan mahu bersama...

Dan itu satu kebodohan kita ketika itu.

Mungkin sekarang kita telah berubah.

Mungkin juga tidak.

Biarkan takdir berjalan semaunya...

Jika kita percaya bahawa Tuhan itu Maha Bijaksana,maka jangan diganggu perjalanan perancanganNya...

Bila tiba masa,kita akan bersama...

Ps: sekadar penghayatan watak,tiada kaitan dengan diri penulis. 😂


puisi sang puteri: kisah kertas putih...


sumber gambar: pinterest

"kita sememangnya tidak tahu masa hadapan, tidak mampu juga aku ragu2, tidak pula aku terlalu yakin...tapi aku akan pastikan setiap dugaan yang mendatang akan aku hadapi dengan senyuman seperti ini...jika dalam dugaan, masih lagi nikmat, bukankah hidup ini satu anugerah dariNya?"


kertas putih ini.


membuat aku ketawa...
teringat kebodohan dahulu.
eh,bagaimana aku pernah menulis semua penulisan disini?
terasa mahu ketawakan diri sendiri.

tetapi apapun aku gembira,
ini semua kan karya hati.
jika dibina dari hati,
akhir sekali aku percaya ia akan kembali ke hati juga.

kan?

sumber gambar: Pinterest

"kita adalah apa yang telah kita lalui, setuju?"


Puisi Sang Puteri: Atas namaNya jualah aku kesini,dan aku yakin kau jua begitu.

sumber gambar: Izismile.com

"kelembutan hati yang pernah membunuhku suatu masa dulu, kini telah membantuku untuk terus merangkak dan bangun dari kamar peraduanku...ternyata,rasa lemah adalah satu kekuatan jika itu adalah yang paling tersisa sekali..."

"kerana kepercayaan kepada Tuhanlah,aku masih bertahan disini. Jika kepercayaan ini kau katakan candu, janganlah terkejut jika aku katakan dalam diam, kau juga menyedut candu yang sama walaupun kamu berkeras menafikan. Atas namaNya jualah aku kesini,dan aku yakin kau jua begitu."

Entah berapa lama aku kehilangan ilham.
Bukan aku malas,
Menahan perasaan ini bukanlah sesuatu yang aku sukai,
Terlalu bersungguh-sungguh aku mahu mematikan perasaan ini,
Semakin aku berkeras dengan memenuhi masaku dengan mengejar dunia,
Aku semakin hanyut.
Hanyut dengan kerinduan ini.
Ternyata malam2 yang ku alami ibarat angin2 yang menyeru2 kamu…

sumber gambar: pinterest

"semakin jauh menuju matahari, semakin aku hilang arah tujuku..."Amuk,matahari

Ditempat yang sama.
Dimasa yang setara,
Luka ini kembali berdarah.
Ternyata selama ini luka ini belum benar2 sembuh.
Aku telan semua kesakitan ini.
Dan aku keluarkan pedihnya melalui senyuman.

Dan sayang…
Ia bukanlah sesuatu yang mudah jika kau mahu tahu…

 "awak tak berilusi, saya memang selalu ada disisi awak..."

sumber gambar: Shutterstock


 "ketika aku tidak mampu menerima segala apa yang terjadi, aku bertongkat untuk berdiri atas nama tuhanku...rasa kecewa membuat kakiku lemah tak berdaya...hanyalah rasa tanggungjawab menahan diriku dari jatuh kelantai bumi..."

Teruskan tersenyum.

Sentiasa tersenyum.
Itulah satu hakikat yang aku selalu tegakkan di dalam diri.
Biar apapun dugaan,teruskan tersenyum.
Biarkan sekalipun kau keseorangan di sebuah tempat asing dan kau tidak tahu apa nasibmu nanti,
Teruskan tersenyum.
Walaupun kau keseorangan.

Senyuman akan membawa jiwamu terbang ke arah Tuhan Yang Maha Tinggi.
Disitu jiwamu berehat disampingNya.
Tiada kesakitan.
Tiada kepedihan.
Cuma ketenangan.

Hidup cuma permainan.
Hidup cuma mimpi.

Tiada yang kekal.
SelainNya.

Berehat di dalam Dia.
Itulah kepulangan yang dirindu.