Puisi Annur 3: Naga Puteri Cinta...

21:33 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Puisi Annur 3: Naga Puteri Cinta...

naga lah naga,
keluar dikau dari tasik sana,
usah sembunyi berdiam saja,
kini masa kau keluar mencari mangsa,
menjadi penolong puteri cinta,
yang bersenjatakan keris kata,
berselendang kuning penyeri rupa,
elok bersanggul terselit senjata,
kini dizaman moden peperangan bermula,
bukan dengan realiti itu semua,
tapi bersimbolikkan senjata lama,
keris kutukar jadi kata pujangga,
cucuk sanggul kutukar jadi hijab kepala,
gerak tari kutukar jadi gerak langkah semasa,
gendang rebana kugubah menjadi muzik dunia,
dunia bertukar aku juga harus sembunyi dari semua,
dalam sembunyi ku ketawa,
melihat gelagat kalian semua..

0 comments: